Latar belakang Madama_Butterfly

Versi pertama untuk persembahan pembukaan dibuat pada Februari 17, 1904 di Teatro alla Scala, di Milan. Persembahan pertama cuma mempunyai dua babak dan tidak mendapat sambutan yang baik. Pada Mei 28 tahun yang sama, versi baru dipersembahkan di Brescia. Opera versi kedua ini mendapat sambutan hangat dan kejayaan yang amat besar kepada Puccini sehingga merentasi lautan Atlantik ke Metropolitan Opera di bandaraya New York pada tahun 1907.

Pada hari ini, peminat opera Itali lebih memilih opera versi pertama (2 babak) manakala di Amerika Syarikat, peminat opera di sana lebih mengemari versi kedua ialah opera tiga babak. Menurut persatuan opera America, Madama Butterfly adalah opera yang paling digemari ramai dan yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara [1].

Opera ini berkisar kepada kehidupan di bandaraya Nagasaki, Jepun dan menurut ahli penyelidik Amerika, Arthur Groos, cerita ini adalah kisah benar yang berlaku di sana pada awal tahun 1890an.